NLP For Peak Performance

Apa Nak Buat Kalau Staf Asyik MC?

Semalam dalam program NLP For Executives, ada satu cerita menarik.

Salah seorang peserta tanya,

“Macam mana nak handle staf yang kerap MC? Kadang-kadang sampai seminggu terus lesap!”

Saya senyum.

Dalam NLP, kita percaya tingkah laku adalah komunikasi. Bila staf selalu MC, itu petunjuk ada benda lebih dalam daripada sekadar sakit kepala atau demam biasa.

Mungkin ahli keluarga dia sakit. Mungkin stres. Mungkin hilang motivasi. Mungkin rasa tak dihargai.

Saya ajar teknik mudah – reframe dan connect.

Daripada terus marah atau keluarkan amaran, cuba ubah soalan kita.

Daripada “Kenapa kau selalu MC?”

Tukar kepada:

“Apa yang boleh kita buat supaya kita boleh sama-sama jayakan tugas kita ni?”

Bila kita ubah cara bertanya, nada perbualan berubah. Kita bukan lagi polis kesihatan, tapi pemimpin yang peduli.

Bila staf rasa difahami, insyaAllah semangat mereka naik balik dan MC pun makin kurang.

Apapun alhamdulillah, program semalam penuh dengan moment gelak, angguk, dan kata-kata, “ohh macam tu!”.

NLP bukan teori semata, tapi cara fikir baru untuk capai prestasi puncak tanpa tekan orang sampai hancur.

Kalau staf selalu MC, jangan terus cari MC dia palsu ke tidak. Cari apa mesej di sebalik MC tu.

Kadang-kadang staf bukan malas. Mereka cuma belum jumpa Big Why mereka untuk terus bersemangat dalam pekerjaan.

Nak tahu teknik NLP ni dengan lebih mendalam?

Stay tuned untuk siri seterusnya okeh.
You are awesome!😊👍

TZN

Sebarkan kebaikan

    SHARE THIS ARTICLE -
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Aidaq Services Corp. Sdn. Bhd.
    Lot 3.30B, Tingkat 2, Medan MARA, No.21 Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur
    Phone: 03-2602 0561
    Mobile: 019-870 7996
    Email: info@aidaqacademy.com.my
    Copyright © 2025 Aidaq Services Corp. Sdn. Bhd. (632488-V). All Right Reserved. Web Des & Dev Powered by-
    Plexter
    English