Bagaimana 1 Program Boleh Ubah Mindset Bertahun-tahun?

Ada majikan dan HR yang tak pasti impak sesebuah program terhadap staf dan team.

“Boleh ke orang berubah dalam masa singkat? Mindset staf ni dah bertahun-tahun terbentuk.”

Itu ayat paling common saya dengar.

Sebenarnya, perubahan besar kadang-kadang tak perlukan masa bertahun.

Yang penting ialah trigger moment – satu detik yang buat seseorang nampak hidup dari perspektif berbeza.

Dan training yang dirancang dengan betul mampu jadi pencetus itu.

Saya bagi contoh. Ada seorang staf dalam program kami sebelum ni, dia selalu rasa dia tak dihargai.

Bila masuk training, ada satu aktiviti ringkas yang dedahkan betapa besarnya kasih sayang Allah dalam hidup dia.

Dan Allah sentiasa menghargai dia. Setiap saat!

Dan antara tanda kasih sayang Allah ialah dengan memberikan dia kerja, di saat ada orang takda kerja.

Air mata dia jatuh masa tu juga..

Esoknya, dia datang kerja dengan semangat lain. Majikan pun perasan perubahan tu. Hanya dengan asbab 1 program dia berubah.

Alhamdulillah..

Kenapa ia boleh jadi powerful?

👉 Pertama, training yang effective bukan sekadar bagi teori.

Ia bagi pengalaman emosi. Bila emosi terlibat, minda bawah sedar akan re-wire lebih cepat.

👉 Kedua, fasilitator gunakan teknik komunikasi yang proven macam NLP untuk buat peserta sedar pola lama mereka, dan buka pintu kepada pola baru.

👉 Ketiga, bila peserta nampak immediate result daripada aktiviti, mereka terus percaya pada potensi diri. Itu yang create momentum perubahan.

Bayangkan staf anda yang selama ni suka komplen, curi tulang dan ambil MC, lepas training mula nampak tanggungjawab dia pada team.

Atau agent yang selalu stuck dengan “tak pandai closing”, tiba-tiba dapat clarity dan jadi lebih yakin. Itu semua pernah jadi dalam program sehari.

Soalannya, sanggupkah anda terus biarkan staf atau team duduk dengan mindset lama – yang mungkin jadi penghalang besar pada growth jabatan, agensi atau syarikat?

Atau anda pilih untuk bagi peluang mereka alami satu hari yang boleh jadi turning point hidup dan kerjaya mereka?

Kadang-kadang, kita tak perlukan masa bertahun untuk berubah. Kita cuma perlukan satu hari yang betul.

Setuju?😊

TZN

Sebarkan kebaikan

    SHARE THIS ARTICLE -
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Aidaq Services Corp. Sdn. Bhd.
    Lot 3.30B, Tingkat 2, Medan MARA, No.21 Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur
    Phone: 03-2602 0561
    Mobile: 019-870 7996
    Email: info@aidaqacademy.com.my
    Copyright © 2025 Aidaq Services Corp. Sdn. Bhd. (632488-V). All Right Reserved. Web Des & Dev Powered by-
    Plexter
    English