
Hari ini, kita berada dalam era di mana Artificial Intelligence (AI) semakin “menakluki” dunia pemasaran dan jualan. Dari iklan dan chatbot yang boleh menjawab pertanyaan pelanggan 24/7, sehinggalah analisis data pelanggan yang sangat terperinci,semua ini menjadikan proses jualan lebih mudah, cepat, dan efisien.
Namun, persoalannya: adakah ini bermaksud direct sales sudah tidak diperlukan lagi? Jawapannya: tidak sama sekali. Malah, direct sales kini lebih penting daripada sebelum ini.
AI boleh membantu mencipta mesej yang menarik, tapi ia tidak mampu menggantikan “human touch”. Pelanggan masih lebih selesa bila ada manusia sebenar yang mendengar masalah mereka, memberi cadangan produk, dan meyakinkan mereka secara bersemuka atau melalui perbualan langsung.
Contohnya: walaupun kita nampak iklan penapis air di media sosial, kita lebih yakin bila seorang sales consultant datang menunjuk cara guna, menjawab soalan, dan memberi jaminan selepas membeli produk.
AI boleh bantu “closing” dengan algoritma pintar, tapi hubungan jangka panjang hanya boleh dibina melalui komunikasi sesama manusia. Direct sales membolehkan pelanggan merasa dihargai, bukan sekadar nombor dalam data.
Hubungan yang baik ini akan mencipta repeat sales, referral, dan customer loyalty,sesuatu yang AI semata-mata tidak mampu hasilkan.
Kita jangan salah faham. AI bukan musuh direct sales, sebaliknya ia adalah alat yang menguatkan. Seorang direct sales yang pintar boleh gunakan AI untuk:
Dengan kata lain, AI buat kerja “belakang tabir”, manusia buat kerja “hadapan”—yakni berinteraksi, meyakinkan, dan “closing sales”.
Zaman sekarang, pelanggan tidak sekadar beli produk, mereka mahu pengalaman. Direct sales mampu memberi pengalaman peribadi,demonstrasi, konsultasi, sentuhan emosi yang membuatkan pelanggan rasa lebih yakin dan berpuas hati.
AI boleh memberi maklumat, tapi manusia boleh memberi emosi dan keaslian.
Dalam dunia yang dipenuh dengan iklan dan mesej “auto-generated” , direct sales masih lagi terulung. Ia menjadikan sesuatu jenama atau syarikat lebih dekat dengan pelanggan. Bila pelanggan sudah “dihujani” dengan pilihan, kehadiran seorang sales yang ikhlas, mesra, dan berpengetahuan akan menjadi faktor mempengaruhi pembelian produk.
AI mungkin sudah menakluki dunia digital, tapi direct sales masih dan akan terus menjadi nadi utama jualan. AI boleh bantu kita jadi lebih pantas dan strategik, tetapi manusia dalam direct sales membawa nilai yang AI tak mampu ganti: percaya, hubungan, dan pengalaman.
Jadi, bukan soal memilih antara AI atau direct sales, sebaliknya bagaimana kita boleh gabungkan kedua-duanya untuk cipta strategi jualan yang lebih berkuasa.
Oleh: Pn Diana Susaimi
