
Sebagai seorang ibu tunggal, cabaran yang dihadapi dalam mencari rezeki sering kali terasa sangat berat. Kisah saya bermula dengan cara yang paling mencabar. Selepas diceraikan dalam keadaan mengandung. Heret lagi 3 anak kecil. Rumah kereta dilelong, menjamin hutang beratus ribu. Usaha mendirikan kanopi dan berniaga di tepi jalan, sambil mengheret anak kecil yang sepatutnya berada di rumah, taska, tadika, sekolah. Tetapi terpaksa berada di bawah panas terik dan hujan lebat. Namun hati ini terus cekal demi sesuap nasi. Malah, jahitan bersalin yang koyak dua kali satu di bawah perut, satu di atas pinggang menjadi bukti betapa peritnya perjuangan fizikal yang saya lalui.
Keadaan ini menggambarkan betapa kerja keras sahaja tidak mencukupi; ia sering kali membawa kepada kepenatan dan kesakitan tanpa pulangan yang setimpal. Anak saya, yang melihat segala kepayahan ini, mula menyarankan perubahan.
“Mami, kita kena tukar bisnes. Buat spa dan salun,” katanya
Saranan ini mengubah segalanya. Anak saya tidak hanya memberi idea, malah mengajar saya cara mengoperasikan perniagaan secara dalam talian dan menggunakan aplikasi untuk pengurusan bisnes. Iklan terutamanya. Saya mula melihat cahaya di hujung terowong. Perniagaan spa dan salun kami mula berkembang, membawa sedikit kelegaan dan kestabilan. Ini adalah titik permulaan di mana saya mula memahami perbezaan antara "kerja keras" (work hard) dan "kerja bijak" (work smart). Apabila perniagaan semakin stabil, anak saya memberikan satu lagi pandangan penting
“Mami, kita kena tukar ke AI dan on-line-kan bisnes kita.”
Saranan ini membawa saya ke peringkat seterusnya. Saya yang skeptical dengan media sosial dan Ai. Tetap terpaksa belajar. Kerana anak sering menekankan. Wajib kuasai Ai dalam perniagaan terutamanya iklan. Saya mula belajar dan melengkapkan diri dengan kemahiran baharu, menjadi seorang jurulatih (trainer) dan mendapatkan sijil profesional. Nekad kutip duit berniaga jalanan. Saya sambung belajar. Lagi saya perlu kuasai Ai. Kelas, assignment , perbincangan, nota semuanya online.
Akhirnya, setelah penat berniaga cara tradisional, mengalami kerugian, hampir hilang nikmat hidup, Saya berjaya atasi segalanya. Saya berjaya berniaga tanpa penat dan lelah. Melalui perjalanan ini, saya menyedari bahawa kerja bijak bukan hanya tentang berusaha dengan kurangnya tenaga fizikal, tetapi tentang memanfaatkan teknologi dan strategi pintar untuk mencapai hasil yang lebih besar. Saya kini dapat melihat dengan jelas perbezaan yang ketara:
Kerja keras melibatkan usaha yang gigih, keletihan, dan kesakitan, tetapi sering kali memberikan pulangan yang kecil.
Sebaliknya, kerja bijak membolehkan kita bekerja dengan lebih sedikit usaha, namun hasilnya jauh lebih besar. Dengan mengadaptasi kecerdasan buatan (AI) dan teknologi dalam kehidupan serta perniagaan, segala-galanya menjadi lebih mudah, lancar, dan maju. Ia bukan lagi tentang berapa banyak peluh yang ditumpahkan, tetapi tentang bagaimana kita menggunakan sumber dan teknologi yang ada dengan bijak. Kisah saya adalah bukti bahawa dengan sedikit perubahan minda dan kesediaan untuk beradaptasi, kita boleh mengubah kesukaran menjadi kemajuan yang berpanjangan.
Mendidik dan Membimbing melalui Pengalaman.
Kini, dengan ilmu dan pengalaman yang terkumpul, saya tidak hanya menjalankan perniagaan, malah mengajar orang lain untuk melakukan perkara yang sama. Saya menggunakan kisah hidup saya sendiri , bermula dari berniaga di tepi jalan hingga membina akademi ini sebagai asas pengajaran. Setiap modul yang saya cipta dan setiap latihan yang saya berikan adalah berdasarkan pengalaman peribadi. Saya mengajar tentang cara mengaplikasikan AI dalam perniagaan bukan sekadar teori, tetapi berdasarkan apa yang telah saya lalui dan buktikan keberkesanannya.
Saya percaya, pengajaran yang paling berkesan datang dari pengalaman sebenar. Oleh itu, saya mengajak anda untuk berhubung dan belajar bersama. Mari kita manfaatkan pengalaman saya untuk membantu anda mengadaptasi AI dalam perniagaan anda, supaya anda juga boleh beralih daripada bekerja keras kepada bekerja bijak, mencapai kejayaan dengan cara yang lebih mudah dan efisien.
Mari kita berhubung.
Norhasyimah Ahmad Mearrican
Tel: 0111.624.8389
Easy Living, Thriving Business, with AI
